SHARE KAN PADA KAWAN YG LAIN

Nama Siti Aafiyah Tiada Dalam Pencalonan Anugerah Meletop Era , Wakil Astro Jelaskan Kenapa

Sharing is caring!

Nama Siti Aafiyah Tiada Dalam Pencalonan Anugerah Meletop Era , Wakil Astro Jelaskan Kenapa

Anugerah MeLeToP ERA, lagi satu anugerah yang ditunggu tunggu oleh peminat peminat dalam bidang hiburan.

Bertemakan tagline ‘Yang Legit, Yang Legend’, penganjuran AME kali ini bakal menjanjikan persembahan lebih mantap.

Untuk penganjuran tahun ke-6, AME 2019 masih mengekalkan format asal dengan memberi kuasa memilih sepenuhnya kepada para peminat untuk mengundi sendiri calon-calon kegemaran mereka untuk kesemua kategori yang dipertandingkan.

Anugerah Meletop Era 2019: Di mana Siti Aafiyah?

KUALA LUMPUR: Ketiadaan ‘bayi nombor satu negara’, Siti Aafiyah Khalid, dalam senarai calon top 20 Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019), menimbulkan tanda tanya.

Ini kerana, sebelum ini, ada ura-ura yang mengatakan cahaya mata sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu tentunya tidak mempunyai masalah untuk menggungguli kategori Si Cilik Meletop.

Menjawab persoalan itu, Penolong Naib Presiden Segmen Kanak-Kanak & Remaja Astro, Marissa Hanafi menjelaskan, calon-calon yang disenarai akhir perlu memenuhi beberapa kriteria tertentu.

“Calon yang disenaraikan dalam kategori itu perlu mempunyai platform dan ‘jenama’ tersendiri. Kita tidak menilai populariti mereka mengikut populariti ibu bapa.

“Paling penting, mereka perlu mempunyai akaun Instagram rasmi dengan jumlah pengikut yang ramai,” kata Marissa.

Tahun lalu, cucu tiri Siti, Arif Jiwa Asyraf, memenangi kategori tersebut.

Marissa berkata demikian dalam sidang media pengumuman calon top 20 dalam 16 kategori untuk Anugerah Meletop Era 2019 di Bukit Jalil, pada Selasa.

AME 2019 bakal berlangsung di Axiata Arena pada 21 April ini. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber Artikel : Astro Awani via KLViral